please contact me!

flash" quality="high">

Selasa, 12 Julai 2011

Antara Kami dan Aku!!!


Jam pukul 5.00 pm mnndakan waktu pulang hampir tiba.sekarang ni isu yg sy nk curahkn dlm blog ini adalah antara kami dan aku...menarik bukan persoalan yg timbul..kami atau aku ..perkara ini membezakan antara individu atau pon berkumpulan .pada aku berkumpulan adalah lg bgs berbnding individu sbb byk perkara yg kite sorg2 xmmpu nk buat tp bila kite berkumpulan kite mmpu utk buat lebih dr itu.so antara kami dan aku,aku pilih kami sbb persahabatan adalah anugerah yg paling manis buat insan didunia ini..

Isnin, 27 Jun 2011

Dunia Pekerjaan.


Dalam suasana malam yg dingin.Persoalan yg timbul didlm kepala adalah dunia pekerjaan. Soalan bagaimana menghadapi dunia yg akan kita semua lalui untuk mencapai tahap kematangan seseorg dlm bekerjaya. Kita semua inginkn kebahagian, kejayaan, kebangkitan, kehebatan, tetapi tahukah kita bagaimana perancangan itu harus dibuat supaya ianya berjaya. Walau pun secara sedar atau dlm lena kita masih mengimpikan kehidupan ini berjalan dengan baik dan terbaik namun percayalah dihadapan sana masih banyak yg perlu kita lalui dengan keperitan dan juga kesakitan. Apakah ini keadilan dunia pd manusia, apakah ini takdirnya hidup manusia sesungguhnya segalanya akan terserah kepada Maha Perancang Terbaik kerana segala takdirnya mengajar manusia tentang kehidupan sebenar sebagai seorgang hamba yang mengenal Tuhannya.

Kita semua sedar bahawa kehidupan dunia hanya sementara tetapi kita masih mengejarnya seolah-olah kita hidup selamanya. Apakah dunia ini yang pasti akan kita bawa di kehidupan akhirat nnti. Sedarlahh kita bahawa dunia ini hanya perlu diletakkn ditangan dan akhirat perlu diletakkan di kepala kerana junjungan adalah lg penting dr genggaman. Lepaskan dunia sekiranya junjungan akhirat terasa akan kemusnahannya.

Khamis, 23 Jun 2011

Motivasi Pagi!


Motivasi ceria adalah tajuk yang sy nk bwk arini..so mcm mn semua adakah anda ceria arini, klu ye, tahniahla tp klu tidak, erm jangan lah anda bersifat demikian.walaupon kehidupan kite ni semakin hari semakin byk maslh,byk dugaan, pelbagai masalah yg kite hadapi tetapi kite sebenarnya perlu bersyukur dgn apa yg telah Allah kurniakan so bila kite blaja bersyukur kite telah memotivasikan diri kite secara semulajadi.bukan saje2 Allah suruh kite bersyukur selain dari dpt keberkatan dr nya tetapi ianya utk kebaikan diri kite jugak. so secara kesimpulannya motivasikan diri anda setiap pagi, tidak perlu kecewa, stress atau pon runsing berlapanglah dada, setiap masalah ade penyelesaiannya ok.. dan sy sebagai manusia juga tidak lari dr masalah tersebut...sama2lah kite sntiasa berdoa pada Allah semuga Allah permudahkan diri kita ni dari segala kemusnahan dan juga permasalahan. itu saja utk pagi Jumaat yg ceria ini...Fishing time!!!!

Ahad, 19 Jun 2011

Mahathir"apa nama"





Rasanya semua kenal dengan bekas perdana Menteri kita ni. So isu yang aku nk timbulkn pada hari ini mengenai word yang sering disebut oleh beliau "apa Nama". Rasa2nya kita apa sebb Dr Mahathir suka sebut word tu. mungkin sebab tu kot dia mampu berfikir bagaimana membuktikan pada dunia bahawa anak Melayu mampu berfikir sehingga Malaysia dikenali di seluruh dunia..Wow!!! amazing bukan sebenarnya bukan siapa kita yg penting tetapi apa yang kita fikir tu lg penting. Walau pun siapa kita, asal,agama,bangsa,budaya semua tu tidak mempengaruhi bagaimana kita boleh mencapai sesuatu yang luar biasa seperti yang dilakukan oleh DR.Mahathir..sekian ok.

Jumaat, 17 Jun 2011

Tan Sri Syed Bukhari




Pastinya semua kenal siapa gambar diatas. Sejauhmana kite semua mengenali Tan Sri Syed Bukhari nie.Tetapi kita hanya mengenali beliau sebagai usahawan Melayu yang berjaya namun sebahagian dari kita mungkin xberapa tau siapa beliau nie..Apa yg menyebabkn beliau menjadi seperti ini

Ada sebab kenapa saya bekerja seperti tiada hari esok. Agenda sosial dan
kerja-kerja kemasyarkatan itulah antara sebabnya. Saya mahu meninggalkan
warisan untuk anak bangsa yang kekal berpanjangan.

2. (berkenaan know who) Bangsa lain tak mengapa tapi orang Melayu kena
berdamping dengan orang politik sedikit-sedikit. Tapi masalahnya kita tidak
mahu melalui kesusahan; banyak yang mahu senang dengan mendampingi orang
politik semata-mata.

3. Tiada apa-apa rahsia. Saya ini hamba Allah biasa, budak dangau macam
saudara semua juga. Tuhan jadikan manusia ini sama sahaja. Proses
kematangan saya yang membezakannya. Saya percaya sesiapa pun boleh menjadi
apa sahaja asalkan mereka berusaha dengan tekun. Tetapi tentulah ia memakan
masa. Tiada jalan singkat.

4. Saya mengenali kekuatan dan kelemahan saya. Apa yang tidak mampu buat
saya akan minta orang lain tengok-tengokkan. Saya melalui jalan yang susah
tapi itulah jalan yang kekal.

5. Kita perlu menggunakan kepakaran mereka (bangsa Cina) kerana mereka jauh
lebih maju dan mahir daripada kita. Apa yang kita kurang faham kita
berkongsi dengan tujuan untuk belajar dengan mereka. Apabila sudah faham
baru kita boleh menjaga kepentingan kita.

6. Saya sedih melihat sistem sekolah pondok di Kedah. Saya ada cita-cita
mahu memodenkan sekolah pondok. Kita kena maju.

7. Saya terlibat dalam perniagaan ini kerana saya tiada pilihan lain.

8. Untuk memajukan perniagaan, memang kena banyak sabar dan kuat berusaha.

9. Tidak ada jalan singkat. Saya belajar tentang perniagaan ini sejak kecil
lagi dan saya juga biasa kena tipu.

10. Saya pun suka kemewahan. Saya pun suka tengok dunia, ke Tokyo , New
York dan London . Saya pun suka pakai baju elok. Tapi kita hendak bermewah
setakat mana, hendak pakai baju banyak mana, hendak tidur dalam berapa
rumah satu malam, hendak makan pun sampai larat mana ?.

11. Dalam hidup ini kita sebenarnya tidak ada status; ada masa di atas, ada
masa di bawah.

12. Ketika Allah memberikan kemewahan, kita kena turun ke bawah, tengok
mana-mana yang boleh dibantu. Allah beri rezeki melalui kita untuk kita
tolong orang lain. Rezeki itu bila-bila masa dia boleh ambil balik. Jika
ada orang korporat Melayu yang tidak mahu turun ke bawah mungkin kerana
bayangan duit itu lebih kuat daripada yang lain.

13. Korporat Cina turun ke bawah membantu. Orang Cina ada pelbagai
persatuan. Kita tidak ada; kalau ada pun berpecah. Orang Melayu kita tidak
mahu bekerjasama kerana perasaan dengki menguasai diri. Sudahlah tak mahu
berusaha, apabila orang lain berusaha mereka marah.

14. Rezeki yang ada itu sebenarnya untuk orang lain. Memang dari segi hukum
pun begitu. Kita kena keluar zakat dan fitrah. Tetapi zakat fitrah banyak
mana sangat. Islam agama yang adil; ia minta sedikit saja. Oleh itu, kalau
ada duit yang lebih ia seharusnya dibelanjakan dengan baik.

15. Saya tak kisah kalau saya tak buat semua ini. Saya boleh tak buat
apa-apa dan balik ke Alor Star. Tetapi saya rasa hidup ini sia-sia. Orang
Kedah kata kalau mati nanti mata tidak tutup rapat kerana tanggungjawab
depan mata kita tidak buat. Orang lain ambil kekayaan kita, ambil hak kita
dan pergunakan kita, kita masih tidak buat apa-apa!.

16. Saya ada emotional attachment kepada agama, bangsa dan ummah. Saya
bukan individualistik. Diri saya tidak penting. Pangkat dan gelaran ini
kepada saya tidak mustahak.

17. Saya sedih media tonjolkan saya begini. Saya malu kerana orang Cina
kaya beratus-ratus kali ganda daripada saya. Tapi saya tahu orang Melayu
kalau hendak berjaya kena kerja kuat tidak kira siang malam. Kita ada
kekuatan yang tuhan beri melebihi daripada bangsa lain. Tetapi untuk maju
kita perlu berusaha.

18. Saya asal daripada tidak ada apa-apa. Apa yang saya tidak tahu saya
belajar, minta tolong daripada orang. Saya tidak malu. Saya bukannya
mencuri. Saya usaha sendiri. Sikap pemalas dan pemalu ini yang orang Melayu
kena atasi. Kita kena berani kerana benar. Apabila kita dapat keuntungan
dan rezeki lebih, bolehlah kita menolong orang.

19. Kaya itu bukanlah kepada diri sendiri. Kaya itu adalah kepada kumpulan
perniagaan ini, kepada bangsa dan kepada orang ramai. Saya hanya
memegangnya untuk sementara sahaja.

20. Saya tiada keinginan untuk menyimpan kekayaan ini untuk anak dan
isteri. Duit ini tidak akan kekal. Saya percaya hanya perkara yang baik
yang kita lakukakan akan kekal. Bukan duit yang akan melindungi saya nanti
tapi apa yang saya lakukan sekarang.

21. Saya perlu terus mencari peluang dan perniagaan lain supaya kita terus
dapat bantu orang lain mengembangkan diri masing-masing. Saya bukan buat
semua ini untuk diri saya semata-mata.

22. Ada juga yang saya usaha tapi tak dapat dan orang tak tahu. Apa yang
saya dapat itu yang jadi masalah kononnya Syed Mokhtar sapu semua. Bangsa
lain memegang pelbagai kepentingan dalam ekonomi, siapa pun tak kata apa.
Ini masalah orang Melayu. Di kampung orang Melayu berpecah kerana politik,
di bandar berpecah kerana ini (wang).

23. Saya percaya kalau rezeki itu Allah beri kepada saya ia bukan untuk
saya tetapi untuk orang ramai juga. Orang tidak tahu banyak syarikat yang
saya ada ini gagal dan tidak maju kepada saya tetapi orang tidak tahu.

24. Banyak orang percaya bahawa dia mesti ada RM10 juta atau RM20 juta
dalam tangan baru hidup boleh selamat. Ini yang menyebabkan mereka hanyut
daripada menolong orang lain. Mereka lebih takutkan diri sendiri. Mereka
lupa bahawa kekayaan tidak boleh membantu selama-lamanya.

25. Orang kata saya takda duit tapi banyak hutang. Orang berniaga mana yang
tak berhutang. Tapi mesti tahu bagaimana hendak meminjam dan membayarnya
semula. Ada cara boleh kita buat. Tapi sebelum berhutang RM100 juta mesti
sudah fikir bagaimana hendak membayarnya balik. Mesti ada tanggungjawab.
Banyak orang mahu senang tapi tidak ramai yang mahu bertanggungjawab.

26. (perasaan setiap kali mendapat rezeki) . Saya ini kata orang Kedah,
lebai kodok bukan lebai pondok. Tapi saya tahu hal-hal asas. Kalau mahu
saya minta terus dari tuhan. Tuhan beri manusia akal dan fikiran. Kalau
hendak pakai baju dan seluar biarlah padan dengan badan.

27. Kesenangan yang saya perolehi ini datang dengan tanggungjawab (bila
pinjam bayar balik dan buat amal jariah). Kalau hendak dibandingkan dengan
bangsa lain, perniagaan saya ini tidak ada apa. Tetapi walaupun sedikit
tetapi yang sedikit itu ada berkatnya.

28. Saya suka kalau nikmat sedikit yang saya dapat itu orang lain boleh
berkongsi sama.

29. Saya kadang-kadang kecewa dan sedih melihat anak orang alim yang
sesetengahnya lupa diri setelah mendapat kekayaan. Saya pun sama seperti
orang lain suka hendak ke luar negara tetapi kita tidak boleh lupa kubur
kita dan asal usul kita. Di kampung kita mungkin ada jiran-jiran yang
perlukan bantuan.

30. …..kalau tidak mungkin saya sudah ke Haatyai dan jadi nakal. Saya
manusia yang banyak buat kesilapan. Tetapi saya insaf, beristighfar dan
jalan lagi. Sejak awal saya ada kesedaran mahu mengekalkan hak kita sebagai
orang Melayu.

31. Saya kata kepada diri sendiri kalau kerana itu saya terpaksa bersusah
sedikit pun tidak mengapa.

32. Kekayaan ini tuhan beri kepada saya untuk saya menolong orang lain
pula. Saya percaya kepada keberkatan rezeki. Hari ini kita tolong orang,
esok lusa orang akan tolong kita pula dengan cara yang lain.

33. Kalaupun tidak sanggup tunggu 34 tahun seperti saya berilah sedikit
masa untuk faham selok belok perniagaan, Insya Allah boleh maju.

34. Kita jangan cepat putus asa. Putus asa boleh tapi kena cepat-cepat
kuatkan semula semangat untuk bangkit balik. Jangan jadikan agama hanya
satu tempat untuk kita bergantung apabila kita susah. Tanggungjawab ibadah
adalah tugas seharian.

35. Lifestyle ? Saya tidak ada lifestyle yang kena masuk kelab sana dan
sini. Tapi tak semestinya saya tidak boleh turun ke kelab. Orang Melayu
kalau hendak ke depan mesti ada cara hidup yang fleksibel, boleh naik dan
turun.

36. Lifestyle ini sebenarnya satu penyakit. Saya biasa pakai Mercedes tapi
sekarang saya pakai Proton Perdana untuk sokong kereta nasional. Kereta itu
pun cukup untuk bawa saya ke mana-mana.

37. Tiada sebab kenapa orang Melayu tidak boleh maju. Ini saya berani
perang dengan sesiapa pun. Orang Melayu boleh maju . Kalau saudara jadi
wartawan saudara kena tanam semangat suatu hari nanti mahu ambil alih
akhbar ini. Tidak ada sebab kenapa ia tidak boleh berlaku.

38. Kejayaan dan kelemahan orang Melayu bukan disebabkan oleh bangsa kita
dan agama kita. Ia berkait dengan sikap dan cara kita berfikir. Gigih,
tekun dan tidak mudah putus asa merupakan kunci kejayaan kita. Tapi perkara
ini kurang wujud dalam cara orang Melayu berfikir.

39. Tuhan memberi peluang kepada siapa saja yang bekerja kuat. Apa yang ada
pada saya ini hanya usaha. Kalau anak dangau macam saya boleh, tidak ada
sebab orang lain terutama mereka yang dari pekan tidak boleh.

40. Kita tidak usahlah selalu mengulang-ulang perkara yang boleh memberikan
kesan psikologi negatif kepada orang Melayu (kereta dan rumah besar). Kita
kena kurangkan bercakap tentang kereta besar dan rumah besar . Sesiapa pun
mahu pakai kereta mewah tapi bukan itu matlamatnya.

41. Orang Melayu sebenarnya kena membantu diri sendiri, kena bekerja keras
dan fokus.

42. Sikap merendah diri perlu sentiasa ada dalam diri seseorang walau
setinggi mana pun kejayaan dicapai.

43. Apa yang saya buat ini (kerja-kerja sosial) semuanya bermula daripada
didikan orang tua saya sendiri.

44. Saya sendiri berhutang sambil berniaga dan buat sumbangan amal jariah.
Saya tak mahu tunggu hutang habis baru hendak buat semua ini. Saya takut
kalau hutang habis saya pun mati dan apa pun tak sempat saya buat.

45. Saya biasa saja. Hidup saya tidak berubah, dari dulu beginilah. Saya
terima apa saja nikmat yang diberikan oleh Allah. Tidak ada segelas air,
ada setengah gelas pun saya bersyukur.

46. Kalau kerana sedikit bantuan itu mereka lulus peperiksaan dan hidup
mereka menjadi lebih baik, saya sudah gembira. Saya tidak boleh buat
banyak. Alhamdulillah, lebih baik buat sedikit daripada tidak buat
langsung.

47. Saya tiada minat untuk beli kapal layar atau kapal terbang. Saya fikir
kalau saya beli sesuatu biarlah orang ramai boleh pakai. Saya suka kalau
saya beli sesuatu yang mahal, biarlah orang ramai boleh pakai.

48. Saya gembira dapat membantu. Saya mahu orang lain merasai (kesenangan)
apa yang saya pernah rasa. Saya tahu bagaimana perasaanya. Saya kata kepada
diri saya, apa yang saya dapat saya mesti beri orang lain merasainya sama.
Jangan beri kurang, lebih tak mengapa. Itu yang membuat hati saya seronok.

49. Saya rasa saya ingin menyumbang lebih daripada ini. Saya kata kepada
kawan-kawan ini baru warm-up saja; kita belum berjalan lagi.

50. Saya rasa kita terlalu banyak ketinggalan.

Kepada anak-anak ibu…..

” Harta benda dan anak pinak itu ialah perhiasan di dunia; dan amal-amal
soleh yang kekal faedahnya itu lebih baik pada sisi Tuhanmu sebagai pahala
balasan, dan lebih baik sebagai asas yang memberi harapan”

(Surah Al-Kahfi: Ayat 46) (pautan lain. klip pada gambar dan nama beliau di atas)

Khamis, 9 Jun 2011


Skali lagi aku diuji masalah ini. Tp xpe bertenanglah wahai hati semuanya akan ok dan akan dilalui dengan selamat sekiranya kita mengingati Allah dan tidak mengikuti perasaan dalam membuat keputusan. Bersabarlah wahai hati ini janganlah dikau mengikutkn sgt perkara dunia ini.. Sebenarnya semua ini hanyalah ujian dari Allah hndak meliat sejauh mana kita berpegang pada janji yang tela dibuat. Aku terpaksa melepaskn apa yang aku hndak buat demi sebuah keluarga yang membesarkn aku.. Wahai Allah biar keputusan ini yang telah aku buat diberikan kemudahan utk aku nyatakan dalam hidup ini.

SAYANG ...CINTA....KELIRU....GEMBIRA......








Dalam hidup nie byk yg kite rasa kadang2 kita merasakan pelbagai perasaan dlm meneruskn kehidupan. Walaupon keadaan yg kite jangkakan gembira kekal tetapi kesedihan yang menimpa...kadang2 kite ingat kesedihan yg berlaku akan berpnjgn tetapi rupenye kegembiraan yg menjelma setelah kite melalui kehidupan ini dengan penuh kesabaran..

Disebalik menuju ke penghujung kehidupan kadang2 kite hanyut dibawa arus kemewahan dan kenikmatan dunia dan bg aku secara peribadi amat bahaya sekiranya kite ni slalu diuji dengan kesenangan.Bimbg kesenangan yg diberi melupakan kite utk mencr apatujuan sbnr kite utk hidup ini!!!!!

Aku tibe2 rasa rasa nk tulis blog selepas bermain bola bersama2 rakan2 yg sudah semakin legend...huahuuhauua

Rabu, 8 Jun 2011


menjadi seorg ahli Perniagaan!!!
So amazing want to say.
Andailah satu hari nnti impian ini tercapai akan kulebarkan rezeki ini kepada insan2 yang memerlukan.Ini janji aku dan semuga Allah memperkenankan aku dan niat aku bersama rakan2 yang lain..Permudahkan jalan ini wahai Allah jgn kau timbulkn dlm hati kami ini hasrat utk dengki dan perasaan hasad dengki sesama kami..bantulah kami wahai Allah jangan kau sesatkan kami dengan kenikmatan dunia yang sementara dan jgn kau putuskn dalam hati kami cemburu yg membuak2 utk menghancurkn sesama sndiri!!!!!!!!!!!!!

Inilah yang dikatakan ujian buat kita sesama manusia ..aku jua poon sgt2 jgnlah dikalngan kwn2 aku termasuk diri aku juga ingin menguasai nikmat ini dengan hasrat utk kekal menjadi kaya..kayakan kami dengan hati budi yg baik dan berguna kepada semua manusia...

Selasa, 7 Jun 2011

Entahkan jadi entahkan Tidak




Percintaan ini luas maknanya!!

adekalanya ia membahagiakan dan ada kalanya ia menyakitkan..entahkan jadi entahkan tidak..itulah TAJUK LAGU SM SALIM BERSAMA SHIELA MAJID...SBB APE????


Mungkin bercinta ni kadang2 menjadi kadang2 tidak tetapi setiap yg terjadi adalah perancangan dari Allah swt. so sbg manusia yg lemah kite kne sentiasa mendoakan segala perncgn yg kite buat terlaksana dengan baik dan mendapat keberktan dr NYA

Isnin, 6 Jun 2011


inilah geng2 aku dlm viscom yang sentiasa segar dlm ingatn aku.
so aku harap semua ni akan mencipta sejarah utk generasi UMK..
apa2 pon aku sntiasa merindui dorg ni semua sbb tanpa dorg mungkin aku rasa aku
xmmpu jd sebegini dan mungkin juga takdir aku bukan begini jadinya...Bersyukur kepada Allah!!!

Ahad, 5 Jun 2011



Melihat kepada perkembangan Pas iaitu parti politik serpihan dari UMNO.perubahan telah dilakukan oleh mereka yg mana mengenengahkn golongan profesional walaupon presidennye adalah ulama..mungkin satu hari nnti Pas juga akan jd seperti UMNO kerana perubahan keadaan yg memaksa mereka melakukan perubahan tersebut. Bagi aku ini adalah perkembgn terbaik buat politik Melayu walau bagaimana pon sejauh mana pon kite berbeza ideologi pendapat dan juga fahaman politik tapi ini bukan lah penyebab utk kite berpecah dan memutuskn hbgn sesama Islam..Aku sentiasa mendoakan yg terbaik utk umat Islam dan juga Bangsa melayu...

Sabtu, 28 Mei 2011

perpisahan tanpa kerelaan





Kepada Yang berminat untuk membeli serunding kampung laut yang dibuat oleh kak Sah kite..so aku telah menjenamakn serunding tersebut dgn nama Aunty Sah...so sape yg berminat silalah contact my no:0103916753...nazri Isa..pemasar Serunding

Apakah ini namanya cinta!!!!!!!!!!


bila aku kenang kenangan yang lau..indahnya cinta nie...byk pengalaman.setakat yang aku belajar semua cinta belum pasti ok so jgnlah terlalu mengharap.kecuali cinta pada Ilahi..itulah cinta hakiki!!!

Apakah ini kesudahannya!


Melalui fasa selepas belajar pastinya membuatkan kite terpaksa untuk menjadi seorg yg lebih berdikari dalam mencari identiti tersendiri..penggerak revolusi ini besar maknanya bagi yang mampu berfikir diluar kebiasaan setiap manusia berfikir.Namun jalan ini pastinya memberikan kita bagaimana menghadapi dunia yang lebih mencabar diluar sana. bagi aku pelaksanaan itu lagi penting utk direalisasikan supaya kita dpt mengelakkan diri dari lebih byk berckp dan hanya di atas kertas semata2.Namun jemaah untk membangunkan ummah pastinya perlu bagi kite semua supaya segala perlaksanaan yg dirncg menjd lebih mudah.

Selasa, 15 Mac 2011

Happy Ending

Apa kesudahan ceritaku disini...........
Merenung disebalik kisah2 yg berlaku selama 4 tahun...xcukup utk aku tulis kenangan hidup manis dan pahit nya disini. Aku secara tidak sengaja melawan arus kehidupan biasa sbg anak mELAyu yang inginkan kelainan utk masa depan. Aku bwk hrpn ini bersama 2 rakan2 yg bersefahaman dgn aku.. Walaupon jalan ini pastinya berliku tp aku tidak pernah serik utk mencuba dan terus mencuba sehingga apa yg aku nk ini menjadi demi kebahagian semua terutamanya insan2 yg aku syg.

Aku belajar utk memaafkan dan meminta maaf ..aku blaja utk jd berdikari..aku blaja utk bersendrian kerana aku pasti takdir ini mmg terbaik utk aku..tetapi utk berkata tidak utk berjaya tidak terlintas lansung dlm pemikiran anak Melayu moden spt aku..

Hari ini aku juga rasa tidak percaya bgimana aku mmpu berfikir sedemikian rupa..bermimipi memberik kebahagian dan kemudahan kepada org lain..Bagi aku dl kehidupan sbnrnya kite dicipta hya utk melengkapi antara satu sama lain..Dan ini akan aku tunaikan utk kejayaan generasi mndtg..wlupon aku selalunya terluka dan terkandas tetapi utk menyerah kalah tidak sama skali......dan Ini JANJI AKU

Rabu, 26 Januari 2011

itukah TUJUANNYA......

setiap kejadian yg ditakdirkan dan yg telah berlaku kdg2 kite fikir bagai tidak adil buat kite semua sebg manusia. mengapa kite masih manghakimi hukum alam sebegitu rupe. Apakah kite masih tidak sedar diats setiap kejadian itu ade hikmah disebalik ape yg kite lalui. pengalaman mengajar manusia mnjd lebih dewasa. kebiasaan kite hari ini akan mengikut jejak langkah org2 terdahulu dlm bertindak, mengapa kite tidak mahu utk berfikir diluar lingkup kehidupan kite.berfikir bagaimana RASUL Allah menakluk dan menguasai 2per3 dr dunia untuk menegakkkan ajaran ISlam. Apakah kite masih berfikir ditahap org lama. Apakah ertinya sebuah bangsa dan agama yg besar namanya tetapi kejayaan yg dicapai hny sekecil habuk di lautan. Apakah kite tidak malu dgn bangsa dan agama lain.

sETIAP kali membincgkn soal Agama kitelah juara. bila isu bangsa dibahaskan kitela juara tetpi dr segi pelksanaan kite hny sekecil habuk berbanding manusia lain yg byk buat dr berckp. Apakah kelemahan tersebut kite perlu kekalkan!!!!!!!!!! JAWAPANNYA yg pasti bg kite yg pasti mahukan perubahan adalah TIDAK!!!!!


Maka kite umat Islam dan Bangsa Melayujgn lagi byk berckp dan byk lg membuang masa tanpa melaksanakan tugas kite yg pasti untuk menjamin masa depan yg lebih selamat buat AGAMA ISLAM>!!!!!!!!!

Khamis, 20 Januari 2011

Ramai yg sEDAR rupanya.!!!!!!!!!!

Bila pulang dr kg , aku tersembg dgn hamba Allah yg mana dulunya st lain dan skrg sgt berubah dn menjadi matang. memang xsgka aku tgk cara perckpnnya dari perbuatannya sgt2 berubah. DAN dia mula menceritakan ape yg tersirat didlm hati nye yg sentiasa bergelora untuk membuktikan kemampuannya dlm kehidupan. AKU respect diatas ape yg die cube capai dan aku tambahkan lg intipati2 yg lg perlu dia tmbhkan dlm kehidupan. RUPE@nya cara dia befikir sama dgn cara aku berfikir. ini adalah TAKDIR yg menemukan aku dan die yg mana ALLAH telah menemukan insan yg senasib dgn aku. BISIKAN ati aku dlm kitte mencari sebuah kesenangan dlm kehidupan kdg2 ianya membebankan pemikiran kite takut2 kite terlampau memikirkan soal dunia ini yg tidak pasti tp kite terlupa untuk berfikir soal kematian yg teramatlah PASTI!

Ahad, 16 Januari 2011

Pasti meninggalkan memori buat semua!



melihat kepada masa dan tempoh yg pasti memisahkan kite,tersentap ati ini meninggalkan kenangan yg xdpt aku untuk melupakan suasana disini. yg pasti pertemua itu pasti ada perpisahannya dan perpisahan yg pasti itu amatla dirasai. Namun sebgi manusia ada tugas besar buat kite diluar sana. tugas yg pasti menguji ketabahan hati, kesabaran, kekuatan mental yg kite bina disini. Walaupon perpisahan ini mesti dilakukan semestinya aku akur atas segala takdir yg terbaik buat buat semua kwn2 aku. Pesanan aku buat rakan2 yg sentiasa bergelumang dalam mencr haluan idup masing2 beringatlah dalam kite mencari penghormtan jgnlah smpi kite terkorban. maksudnya disini dlam kite mencarai seseuatu yg trbaik buat diri kite ingatlah bhw segalanya adalah milik yg DIATAS sana dan segala ape yg kite xdpt berfikirlah secara waras dan matang bhwsanya sesuatu yg kite xdpt itu sbnrnya bukan yg terbaik buat diri kite ok.


Ape2 pon yg berlaku dlm tempoh yg hny tggal berpa ari je lg nie seharusnya kite mesti mencari jalan yg menyatukan kite semua. Andai kata ade yg mencr jalan perpisahan yg menyakitkan berubahlah kearah yg lebih baik dan jdkan sesatu perkara itu supaya lebih sempurna supaya kite jgn menyesal pada suatu ari nnti kenangan yg kite cipta ini x suke utk kite kite kenangkan utk masa hdapan. sekian. luahan hati.....kuang2

Segalanya sudah ditakdirkan Atau belum?


merujuk kepada persoalan yg aku timbulkan disini adala bertujuan mengajak kite semua berfikir dan terus berfikir mengapakah agaknya sesuatu kejadian itu berlaku atas takdirkah atau atas usaha kite.
aku pasti ramai yg berada diluar sana pasti terkeliru apakah jwpn yg paling tepat unutk menguraikan kekusutan diatas.

Sebagai conth andainya kite merncg sesuatu perkara maka jdnya lain.ok disini aku terfikir mengapa takdirnya begiru apakah sudah ditakdirkan ataupon usaha kearah itu yg menggagalkannya. masing2 mengerutkan kening tentang isu ini. selepas aku kaji dan bertny kepada golongan bijak pandai barulah aku tahu rupe2nya takdir itu bersifat subjektif. kite xpnh tahu apakah takdir buat kite. subjektif kan sifatnya berubah2. contohnya kalau kite buat betul2 mesti jadi dan kalau yg kite plan tu xjd mcm yg kite rancg sebenarnya usaha kearah menjadikan perkara tersebut tulah yg perlu ditambhkan lg.

Oleh itu mengapa kite perlu memikirkan soal kegagalan disini. Kenapa kite masih memikirkan soal tidak jadi, soal xmampu, soal xdpt, soal bolehke?. perkara2 sedemikian menjadikan kite kearah yg memg xmampu.itu sebenarnya yg menghantui manusia yg takut berfikir. kalau tidak percaya tuan2 boleh test. Cube ngorat perempuan yg paling digemari oleh semua org. tengok dpat ke x. Kalau kalian semua berfikir utk pasti mendptkannya mmg pasti dapat. sebbnya Allah itu xkan mengubah nasib sesebuah kaum melainkan kaum tersebut yg mengubahnya sendiri. ini janji ALLAH dan ALLAH tidak pernah memungkiri janjinya dan hanya kite manusia yg suke menjadikan janji ALLAH itu tidak jadi buat diri kite sendiri.

Kemana Arahnya!

Alhamdulillah bersykur kepada Allah keatas segala nikmat yg dilimpahkan kepada manusia seperti aku dan secara jujurnya air mata ini pasti mengalir mengenangkan episod hidup yg penuh dengan nikmat yg pasti xterbalas. Semenjak umur menjangkau 24 perubahan dan anjakan gaya pemikiran semakin berubah dan sentiasa mencari suatu kelainan dalam kehidupan seharian.

Kadang2 memikirkan takdir tuhan yg menjadikan aku mampu utk berfikir secara lain dan lebih kehadapan menunjukkan bhw doaku sudah dimakbulkan Allah. atas segala yg berlaku dlm kehidupan ini juga adalah doa dari aku yang mana permintaan supaya dipelihara dari segala bencana dunia dan akhirat.

Dalam kite menuju kearah yg lebih kehadapan maka seharusnya kite perlu sentiasa melangkah sepuluh tapak kehadapan berbanding rakan2 lain supaya kite mampu membimbing org lain yang tidak mampu berfikir spt kite. ADakah itu perlu? soalnya hati pd pikiran ku. dan jawapannya Adalah PASTI. kerana tidak semua manusia yg dikurniakan Allah untuk berfikir seperti mana kite berfikir kerana Takdir yg diberikan ini membuktikan bhw Allah telah memilih kite dari kalangn manusia untuk memimpin manusia kearah yg lebih maju dan kehadapan.



Segala yang berlaku aku terima seadanya dan andai kata ini yang terbaik ini janjiku pd diriku..perancangan Allah adalah yang terbaik dari kalngan yg TERBAIK.

Senarai Blog Saya

http://www.karangkraf.com/e-majalah/Maskulin/Maskulin2008/

maskulin

http://www.sinarharian.com.my/

sinar harian