please contact me!

flash" quality="high">

Sabtu, 15 Mei 2010

Adakah Melayu akan terus Melayu



Arini aku terbaca rencana utusan Melayu..aku teramat bimbg soal masa depan agama dan bangsa kita...sumenya sudah kacau bilau...sumenye sudah menyimpang dari perjuangan masing2..Saya teringat cerita Cina dahulu kala antara Mencius dan anak muridnya. Anak murid ini mahu menguji kepandaian gurunya. Anak murid ini membawa seekor anak burung dan bertanya kepada gurunya. "Adakah burung di tangannya itu hidup atau mati?" Murid ini pandai, jika gurunya berkata hidup, dia akan genggam anak burung itu sampai mati. Jika gurunya kata mati, dia akan longgarkan genggamannya supaya burung itu hidup. Tujuannya, agar apa jua jawapan gurunya tetap salah. Tetapi murid tidak tahu bahawa gurunya itu lebih bijak. Guru itu menjawab dengan selamba, "masa depan burung itu terletak di tangan kamu".

Pengajarannya, masa depan anak bangsa negara kita terletak di tangan kita. Marilah kita realisasikan kata-kata Mencius ini, tell me, I will forget. Show me, I may remember. Involve me, I will understand. Hari ini tidak kira, apa jua ideologi dan latar belakang kita, maruah agama, bangsa dan negara mesti diselamatkan daripada tangan-tangan yang cuba menghancurkan kesucian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Senarai Blog Saya

http://www.karangkraf.com/e-majalah/Maskulin/Maskulin2008/

maskulin

http://www.sinarharian.com.my/

sinar harian